Sunday, 10 August 2014

MAKAN PIZZA DOMINO'S

Assalam Tetamu SihatHouse,

~Ini cerpen~

Hari tu pergi menziarah rakan baik admin. 
Beliau belanja Pizza Domino's. First time ni nak makan.. (ok..jakun di situ)
Banyaknye cheeeeeeeese... meleleh-leleh...kalah PIZZA HUT

Teringat pesan Dr Lee masa last jumpa dia dulu..
"Kalau tak mau migraine.. no PIZZA HUT aaaa..too much cheese".
(Dr Lee kata PIZZA HUT.. ni DOMINO's) ngehehehhehehe

Makan punya makan punya makan punya makan... (sambil redha kalau  sakit kepala datang)

Abis berkeping-keping... lepas makan, terus telan B Complex dengan OSTEMATRIX
Migraine tak jadi datang... Alhamdulillah..
(kalau tak, belum habis sekeping dah ting-tong!)

*set ini juga sebahagian daripada cadangan set untuk PENYUSUAN dan IBU HAMIL*


HARGA RUNCIT :
Ostematrix -  (RM 61) 120 biji  (tahan 1-2 bulan)
B-Complex -  (RM54) 120 biji (tahan sehingga 4 bulan)

*jimat hingga 30% dengan harga AHLI (Yuran Keahlian SEUMUR HIDUP- hanya RM65)*




Monday, 30 June 2014

KURANGKAN SEKSA GOUT AYAH

Salam readers,

Hari ni nak cakap pasal gout pulak. Gout ni terjadi disebabkan oleh urik asid yang berlebihan di dalam darah. Lebihan asid urik ini mendap di sekitar sendi dan menyebabkan keradangan yang menyakitkan.



Gejala dan tanda-tanda sakit gout:

  • sakit sendi secara tiba-tiba - ibu jari, lutut dan pergelangan kaki
  • sendi bengkak, panas, merah dan teramat sakit
  • demam
Serangan gout ini boleh berlaku bila-bila masa.
Contohnya

  • ketika kekurangan air atau berpuasa
  • makan makanan kaya purin secara berlebihan (meninggikan tahap asid urik dalam badan)
    • makanan kaya purin - organ dalaman haiwan,daging, makanan laut (bilis, scallops)
  • minum alkohol
  • pembedahan
  • kecederaan pada sendi
Rawatan:

Tujuan rawatan adalah untuk mengurangkan sakit sendi, mengurangkan serangan dan mengelakkan komplikasi. Namun ubatan yang digunakan untuk rawatan ini boleh menyebabkan kesan alahan,cirit-birit dan ruam serius berlaku.

sumber :Dr Sendi

Ayah admin merupakan penderita penyakit Gout ni. Kesian sangat. Sebelum ni memang beliau bergantung kepada ubat hospital. Tapi ubat ni sekadar bertindak sebagai pain killer. Bukan merawat atau mengurangkan pun. Sekadar menghilangkan sakit masa tengah radang tu jer.

Bulan Mei sempena Hari Ibu, kami adik beradik bagi advance hadiah Hari Bapa..hehehhe
Set Gout dari Shaklee. Cuba je dulu. Mana tahu berjodoh kan?

Kami belikan ayah kira full set la.. sebab goutnya dah merebak sampai ke siku. Buku lali pun dah bengkak. Jalan terhencot-hencot. Dah la ayah admin ni tak reti dok diam.

Sejak itu, ayah dah tak perlu makan ubat hospital lagi. Supplement Shaklee terbuat dari bahan-bahan semulajadi. Tiada kesan sampingan.


Dari kiri
1) Advanced Joint Health Tablet : RM 124.00 (60 biji) - tahan  1 bulan
2) Omega Guard : RM136.00 (90 biji ) - tahan 2-3 bulan
3) Alfalfa Complex : RM97.50 (700 biji) atau RM53.75 (330 biji) - tahan 3 hingga 6 bulan
4) Performance Drink - RM82.50 (539g) - tahan 1 - 2 bulan

Jumlah Maksimum : RM440

Tapi dengan hanya RM65, anda boleh mendapatkan full set ini pada harga RM352 sahaja!
(RM352 + RM65, baru RM417 anda masih jimat RM23 dan menjadi ahli! Jimat berganda untuk top up set di bulan-bulan seterusnya)

Do the math!


*PERINGATAN
Supplement bukan ubat tahan sakit. Ianya perlu diamalkan secara berdisiplin.

Sunday, 15 June 2014

MIGRAINE

Salam Readers,

Kalau nak tahu, tak lama dulu, admin selalu kena migraine attack. Boleh kata selang sehari.

Lebih lebih lagi sejak pasang implanon. Laaaaagi kerap kena migraine. 

Panas sikit..migraine
Terbau kopi.....migraine
Makan pizza sikit.... migraine.. (alang-alang migraine..sebat la sampai tak ingat dunia)

Seksa amat.


Tengok dia, sakit kepala pun cantik lagi (ini bukan admin..kehkehkeh)

This is more like me! :>

Pencetus Migraine


Lagi satu sebab yang jarang kita tahu selain sebab-sebab biasa di atas yang boleh mencetuskan migraine ialah kekurangan magnesium dalam badan.

Nak usaha kurangkan serangan migraine macam saya?

Saya amalkan B Complex dan Ostematrix (membekalkan magnesium yang diperlukan oleh badan)

1 biji B-Complex dan 2 -4 biji ostematrix setiap hari. 
Jangan tunggu sakit datang baru nak makan.

Sebab set ini bukan pain killer..


Harga cadangan set migraine :
Ostematrix (RM 61) 120 biji  (tahan 1-2 bulan)
B-Complex (RM54) 120 biji (tahan sehingga 4 bulan)
*ini harga retail. tau. untuk penjimatan sehingga 30%..belilah dengan harga ahli

Alhamdulillah... rasanya dah lebih sebulan kot berjaya menjauhkan diri dari migraine.

Wooohoooooo!!





Tuesday, 13 May 2014

LET'S MOVE, WE ARE NOT TREES!


self-explanatory!



Jom Sihat dengan SihatHouse!

Yang KOMPEM akan jadi, cuma MATI je

Haaaa, serius tak tajuk ucapan admin hari ni? Macam cari gaduh kan? 

Post ni bertitik tolak daripada satu perbualan dengan seseorang. 
Dia tanya, kalau makan set menyusu ni, kompem ke susu jadi banyak?
Haaa..cemana nak jawab tu?
Kalau  jawab " KOMPEM!!!" sah-sah la tukang jawab menipu..yang KOMPEM, tukang jawab tu berdosa.

Sebab apa? 

Sebab tak ada benda dalam dunia yang kompem buat, mesti jadi punya. TAK ADA.. yang ada kompem AKAN jadi, hanya MATI jer. Betul tak cakap admin?

Sebab dari pengalaman admin sendiri pun waktu mengkonsumsi (giler laa, cam sinetron pulak) set menyusu dulu, susu takderla melimpah ruah. Sama banyak tu jugak. Kalau selalu pam, dapat 2 -3 botol..lepas telan Shaklee pun 2-3 botol tu lah jugak.

Dah tu kenapa yang sibuk-sibuk promo set menyusu ni?

Sebab lain orang lain penerimaan badannya. Macam admin, memang produksi susu sama banyak tu jer. TAPIIII, susu jadi lebih pekat. Kalau sebelum tu, Aqeel melekap sampai 20 minit, kadang-kadang sampai setengah jam, lepas amalkan set menyusu ni, dah jadi 10-15 minit je. Tidur pun lebih lama. Mungkin sebab dia lebih cepat kenyang bila susu pekat walaupun jumlah dia minum sebenarnya kurang daripada biasa. 

Ada yang memang susu melimpah ruah, kejap-kejap bengkak susu, bila pam pun meriah jer. wooohoooo...ambik gambar masuk pesbukMungkin hasil Milk Booster- Alfalfa

Ada yang hilang sakit lutut, gigi tak goyang, anak pun tegap jer, mungkin sebab cukup bekalan kalsium daripada Ostematrix.

Ada yang hilang semput, badan rasa ringan, bertenaga, sebab cukup pengambilan Vitamin B complex dan Vitamin C.

Ada yang rasa badan tetap cergas walaupun tak cukup tidur sebab anak yang terjaga pukul 3 pagi ajak main lumba kereta laa, ajak berborak laa dengan ESP- Soy Protein dan Vitalea

Dan tak dinafikan, ada yang tak nampak apa-apa perubahan pun. Set ini tak berkesan untuk dia. Memang ada. Tak berjodoh dengan Shaklee. Kita usaha lain pula ye...

Rezeki masing-masing.

Tapi, kalau tak cuba mana kita tahu. Macam admin, kalau tak cuba set menyusu dulu, kalau tak keluarkan modal (tak sikit wooooo..) mungkin admin berhenti separuh jalan dalam proses menyusukan Aqeel. cerita kalau ni, sampai bila pun tak abis.

Dah tu kak, KALAU tak jadi, burnla duit aku kak beli set ni. Mahal tuuuuu!

Ni jawapan Kak Ton bidan : abis tu, KALAU set ni menjadi dengan ko, ko ingat anak akak ke dapat susunya?? kalau ko tak cuba, mana ko nak tahu??
*Kak Ton ni, laser tau*

Semua benda yang kita nak, mesti mau keluar modal maa... tak keluar modal duit ringgit, mungkin kena keluarkan modal peluh, tak pun modal masa, dan mungkin juga sampai bermodalkan air mata... pilihan kita.

Ini admin nak syorkan set penyusuan untuk ibu-ibu yang berazam nak susukan bayi dan masa yang sama menjaga kesihatan diri. Banyak kan benda nak kena telan?






Admin cadangkan agar mulakan dengan Pakej B, iaitu ESP dan Alfalfa. Dan ditambah setiap bulan dengan pakej-pakej lain.

Contohnya: Bulan ni beli Alfalfa dengan ESP, bulan depan Vitalea dan B Complex, lepas tu, Ostematrix dan Vitamin C
Taadaaaaaaaaa..set menyusu lengkap! 

(Kebanyakan bekalan vitamin Shaklee, jika di makan mengikut cadangan, boleh tahan selama 2-3 bulan. Ada yang boleh bertahan selama 6 bulan. Do the math!)
Jimat sebenarnya.
Nak lagi jimat, jadi ahli, dapatkan semuanya pada harga ahli. Hanya RM75 seumur hidup (RM65+ RM10 postage Starter Pack)

DAN YANG PENTING SEKALI!!!
Jangan lupa untuk berdoa, membaca doa-doa yang bersesuaian, minta dengan Allah agar dipermudahkan perjalanan menyusukan anak. Sebab semuanya adalah kehendakNYA jua. Kita hanya berusaha!

Pilihan di tangan anda. *smile*




Friday, 2 May 2014

ANAK SAYA SEMPUT - MENANGANI GEJALA ASMA!

Salam Readers,

Buat yang tak tahu, admin ni cikgu tau. Cikgu sekolah rendah. 

Nak mengimbau kenangan sikit.

Masa zaman admin sekolah dulu kan, waktu yang admin paling suka ialah waktu PJ (Pendidikan Jasmani). Sebab apa? Sebab admin ni kaki melompat, suka berlari dan bergerak. Tak percaya, tanya ayah admin. Heheheheh

Jadi waktu PJ memang la admin suka. Tapi seingat admin, jarang sangatlah dulu ada murid yang kena duduk tepi padang sebab tak cukup sihat untuk bersukan. Kalau adapun, mesti kes tak bawak baju senam. Tupun kadang-kadang dengan baju sekolah pun sebat gak berlari melompat semua. Rugi woooo...semua kawan-kawan melompat, berlari, bergerak ke sana- sini, kita melepek tepi padang!

Tapi sekarang, admin perhatikan, setiap kali waktu PJ atau pun apa-apa aktiviti yang melibatkan kecergasan, wajib....WAAAAAJIB! Mesti ada punyalah murid yang kena duduk tepi padang sebab tak boleh ikut aktiviti. Kalau tanya kenapa, 98% jawapan ialah semput, asma! 1% demam, 1% tak bawak baju bersesuaian. Hurrmmmm...kecik-kecik lagi dah semput. KESIAN sungguh!!!
Hilang nikmat dunia kanak-kanak!!!

Dan menurut kajian, di Malaysia lebih 52% masalah kedatangan murid ke sekolah ialah berkaitan asma! Bila asyik tak datang sekolah..apa lagi..ketinggalan dan kerugian dalam banyak benda... cikgu bukan boleh sentiasa nak tunggu anak kita. Silibus nak kena kejar... Admin cikgu, admin tahulaaa..

Jadi, apa usaha kita untuk menangani atau menghalang gejala asma??
Haaa...ada nutrisi-nutrisi yang diperlukan oleh badan untuk membantu melawan dan mengurangkan serangan asma.

Kalau rajin baca sini (nak baca klik la)

Kalau tak rajin takpe, admin TOLONG ringkaskan

Sebelum tu, apa itu asma?
Ringkasnya, asma ialah angkara kehyper-aktifan saluran pernafasan bertindakbalas kepada ransangan. Ini menyebabkan gangguan daripada asap rokok dan habuk pun boleh menyebabkan serangan asma yang teruk. 

Selalunya pesakit merasa sesak nafas, dada terasa sendat, nafas berbunyi (wheezing), sukar menarik nafas panjang dan batuk-batuk.

Ini ialah antara nutrien penting yang diperlukan tubuh untuk menangani masalah asma

1) Vitamin B6 - membantu mengelakkan serangan asma
2) Vitamin B12 - membantu menghalang reaksi allergi
3) Vitamin C - pesakit asma di dapati mengalami kekurangan Vitamin C dalam badan. Pengambilan berpanjangan Vitamin secukupnya boleh membantu meningkatkan fungsi pernafasan penderita asma. Turut membantu mengurangkan aras histamin di dalam badan.
4) Magnesium - membantu mengurangkan reaksi allergi
5) Anti-oksidan - memberi perlindungan daripada radikal bebas
6) Minyak ikan - membersihkan saluran pernafasan.

Mana nak dapat semua ni?
Boleh pilih untuk pergi farmasi dan beli setiap jenis Vitamin tu..
Ataupun kalau nak senang..
Kat dalam bekas ni, semua no 1-5 ada. :)

dibantu oleh No.6 dengan ini
Dapat bonus lagi!!!

1) Sumber tenaga segera - sesuai sebagai sarapan yang sedap dan sihat
2) Mengandungi serat larut - membantu masalah sembelit, membantu menangani masalah obesiti.
3) Mengandungi kalsium, zink, asid folik - untuk pembinaan tulang, sel- sel dan darah merah .
4) Kaya dengan protein - untuk tumbesaran yang baik.

Apa tunggu lagi?
Jom hubungi SihatHouse - 019-6564521 (Era Endut)
Harga Runcit Meal Shakes : RM113
*dapatkan penjimatan seumur hidup, jom jadi ahli dan nikmati harga ahli*











Meal Shakes - BELI 6 PERCUMA 1

Salam Tetamu SihatHouse..
Apa khabar semua?

Dah bulan Mei rupanya...*sigh* masa ni langsung tak nak tunggu kita..yer dak?

Ni dia Promosi Beli 6 percuma 1 bulan Mei *senyum sampai bertangkup dengan telinga*


Harga Runcit : RM113.75
Saiz : 544g
Harga Promosi Beli 6 Percuma 1 : RM97.50/Canister
*dapatkan pada harga ahli dengan mendaftar sebagai ahli untuk penjimatan seumur hidup*

Kenapa Meal Shakes?
1) kaya dengan serat larut
- membantu menangani masalah SEMBELIT
- membantu menyingkirkan lemak berlebihan dari kolon - membantu masalah OBESITI

2) membantu menangani asma
 - mengandungi pelbagai jenis nutrisi yang membantu melawan ASMA.

3) mengandungi  Asid Folik 
- membantu membina tulang dan sel-sel yang sihat

4) lengkap dengan 19 jenis vitamin dan minerals yang diperlukan untuk pembesaran yang baik

5) tenaga segera

6) membantu menambahkan selera makan anak

bantu anak untuk mendapatkan keperluan nutrien mereka dengan MEAL SHAKES!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...