Monday 29 September 2014

AKIBAT KEKURANGAN VITAMIN B12

Hari ni serius sikit *straight face*

APA PENTINGNYA VITAMIN B12?

Vitamin B12 sangat diperlukan oleh badan untuk 

  • membantu pembinaan sel DNA dan RNA 
  • membantu pembinaan sel darah merah,
  • memastikan sistem saraf berfungsi dengan baik.
  • membantu pembinaan neurontransmitter


AKIBAT SIMPTOM-SIMPTOM KEKURANGAN VITAMIN B12?

  • Kelesuan
  • Otot yang lemah
  • Sesak nafas
  • Pening
  • Kekejangan
  • Jantung bergerak pantas
  • Gusi berdarah, sakit mulut
  • Kurang selera makan
  • Cirit birit.
Kekurangan Vitamin B12 boleh menyebabkan pernicious anemia yang boleh membawa kepada hilang ingatan, kekeliruan dan dementia (otak hilang keupayaan untuk berfikir seperti biasa)



SUMBER VITAMIN B12

Sumber Vitamin B12 secara semulajadi adalah makanan yang berasal dari haiwan seperti telur, daging, susu, ikan dan kerang.

Vegetarian juga antara yang selalu berdepan dengan masalah kekurangan Vitamin B12.
Bayi yang lahir daripada ibu vegetarian juga cenderung mengalami kekurang Vitamin B12.


APAKAH YANG MENGGANGGU PENYERAPAN VITAMIN B12?

  • penyakit gastrik
  • anemia 
  • pembedahan yang melibatkan pembuangan usus kecil termasuk pembedahan menguruskan badan.
  • mereka yang telah berumur.
  • perokok - nikotin menghalang penyerapan Vitamin B12
  • pengambilan alkohol
  • pengambilan ubatan - untuk merawat Diabetes Type II, untuk mengawal asid perut
  • pengambilan antibiotik.
Oleh itu, pengambilan Vitamin B12 daripada sumber luar khususnya supplement adalah cara untuk mengelakkan Simptom Kekurangan Vitamin B12.

KADAR KEPERLUAN VITAMIN B BERDASARKAN UMUR.

  • umur 14 tahun ke atas - 2.4 mcg
  • dewasa dan wanita mengandung - 2.6mcg
  • wanita menyusu 2.8 mcg
  • 50 tahun ke atas - 25-100 mcg sehari
Dr.Weil mencadangkan pengambilan 50mcg yang mengandungi kesemua bahagian Vitamin B-Complex termasuk biotin, thiamin, B12( cyanocobalamin),riboflavin dan niacin.



CADANGAN SAYA ?





Sebiji sehari untuk bekalan B- Complex yang diperlukan.

Cadangan Set Yang Melibatkan B-Complex.
* set hamil, berpantang, menyusu
* set kurangkan migrain, asma, alahan.


















Monday 22 September 2014

PENTINGNYA KALSIUM

Teringat pula..

Sewaktu mengandungkan anak pertama, admin tiada masalah untuk minum susu. Cuma masa awal kehamilan kurang minum susu sebab muntah-muntah.

Tapi sewaktu hamilkan anak kedua, memang tak boleh telan susu, bau pun tak boleh. Akibatnya, gigi terserpih. Waktu tu 5 bulan kehamilan. Bahaya rupanya tak minum susu. Tu patah gigi, kalau patah tulang? (Teringat pulak kat doktor gigi hensem tu.. admin tanya dia, dah ambik SPM ke belum sebab nampak macam budak sekolah..kikiki... mak cik kan becok..)

AKIBAT DARIPADA KEKURANGAN KALSIUM
(untuk keterangan lanjut klik di SINI)

1) Sengal tulang
2)Osteoporosis
3) Kurang daya ingatan
4) Gangguan dalam jantung
5) Kurang daya tahan penyakit
6) Gigi dan tulang reput (macam admin *sigh)
7) Rambut gugur
8) Tidur yang kurang bermutu
9) Cramp atau simpul biawak terutamanya wanita hamil.
10) Kulit dan rambut yang tidak berseri


Sebab masih tak dapat telan susu, admin terpaksa cari alternatif kepada susu. Kang daripada serpih, gugur terus gigi. Takuuuut..

Mengikut kajian, kalsium sebaiknya di ambil bersama magnesium. Magnesium membantu untuk memaksimumkan 'hasil kerja' Kalsium.  Vitamin D pula membantu memaksimumkan penyerapan Kalsium oleh badan. Jadi pilihan terbaik yang admin ada ialah Ostematrix. Selain Kalsium, ia dilengkapi Magnesium, Vitamin D, Boron dan mineral lain.


Sebotol Ostematrix ada 120 kaplet. Makan 4 biji sehari sebelum tidur.
Dan yang paling penting kapletnya senang di telan (easy to swallow)!
Oh ye, ibu hamil sering mengalami sembelit. Kekurangan magnesium boleh menyebabkan sembelit. Jadi, dengan mengambil Ostematrix, Insya Allah, masalah sembelit akan turut sama berkurangan.

Kenapa SEBELUM tidur?

Sewaktu tidur, kita kurang membuang air kecil.  Kurangnya proses pembuangan, membuatkan tubuh lebih mudah menyerap kalsium.

 
Mahu cuba sendiri? Hubungi admin bila-bila masa..




Friday 19 September 2014

TESTIMONI ESP - ENERGIZING SOY PROTEIN

Ini cerita dari Puan S ( bukan nama sebenar- sebab dia malu... malu tapi MAHU cerita)

Ceritanya: (di karang semula berdasarkan perbualan.. banyak bahagian mengarut  tak perlu dah diedit) :)

Akak pergi berurut dengan tukang urut ni ( yerla..takkan berurut dengan tukang kayu plak kan?)
Memang dah beberapa kali la pergi overhaul berurut dengan mak cik ni. Memang seluruh badan dia urut. Hilang lenguh-lenguh badan semua.

Sekali tu mak cik ni tanya," Ko tak menyusu anak ke?

"Erkkk..kenapa pulak makcik?"

" Taklaaa, ko punya ruang susu ni luas, sayangnya kalau tak nyusukan anak, mesti banyak susu ni"

" Apa pulak tak makcik, 4 tahun straight nyusu anak, siap tandem lagi"

" Oooo.. makcik tengok elok duduknya buah dada (dia tak sebut buah dada pun, dia sebut lain *wink*)... macam tak pernah bagi susu"..

Akak sengih stok 3 minggu. Baru ingat nak give up ESP... Kensel laa
Hahahaha...

Lain orang lain kesannya... kan?

Nak sengih stok 3 minggu macam Puan S ke?

 
 
 
 
Dapatkan ESP anda dari SihatHouse.
Kami akan kongsikan resepi-resepi lazat ESP dengan anda. Auuummmm...
 
 


ANAK TAK NAK MAKAN

[The Ultimate Picky Eater]

Ini anak admin. 5 tahun


Semua tak nak makan..minum susu je..kalau makan nasik pun, nak kicap je.. junk food, aiskrim nak la die..

Sayur, buah? " Abang tak nak makan pokok"
Ikan, ayam? " Kalau abang muntah cemane?"

Konklusi : 
Alternatif pada buah dan sayur: Bekukan jus tembikai, jus epal, jus oren..jadi aiskrim

Vitamin dan mineral lain : Alhamdulillah ada MEAL SHAKES

Sekarang PROMO beli 3 PERCUMA 1 MEAL SHAKES..boleh buat stok sampai hujung tahun..

gila tak beli????

Jimat ke cermat?

Cepat gegar kakak meja sebelah ajak share beli, masa dah tak panjang.. SEPTEMBER 2014 sahaja!

Thursday 18 September 2014

KAWAL MASALAH RESDUNG

                                         
SET KAWAL RESDUNG


Bangun pagi, bersin!
Makan belacan, bersin!
Sapu sawang, bersin!
Makan seafood, bersin!
Sapu sampah, bersin!
Bersin..bersin..bersin..!


Anda mungkin mempunyai masalah sinusitis atau resdung. Sila dapatkan pendapat pakar sebelum menggunakan apa-apa ubat / penawar resdung.

Komplikasi resdung:
* Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
* Jangkitan otak (meningitis)
* Sakit tekak yang kronik
* Jangkitan tulang muka
* Memburukkan keadaan lelah
* Berdengkur yang kronik
* Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
* Alahan hidung atau hidung sensitif
* Selesema biasa yang melarat.

Tip menguruskan resdung:
* Bagi pesakit yang mempunyai alahan hidung disarankan agar tidak menyapu rumah tetapi menggunakan vakum atau mop
* Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan
Setiap individu alah kepada makanan yang berlainan terutamanya ramai orang yang tidak boleh memakan makanan laut yang kaya protein atau belacan
* Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung
* Hirup sup atau cecair yang panas dan minum banyak air
* Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap
* Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari tujuh hari. Jika tidak, bengkak di dalam sinus akan menjadi lebih teruk selepas anda memberhentikan penggunaannya
* Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi
* Anda juga boleh menggunakan ubat-ubatan seperti acetaminophen dan parasetamol untuk merawat kesakitan
* Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil ubat demam kerana sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung ataupun menimbulkan lain-lain masalah.

Kawal resdung dengan Shaklee!




Saturday 6 September 2014

KEBAIKAN KOLAGEN - SHAKLEE COLLAGEN POWDER

TAHUKAH ANDA?


  • Yang 72% daripada KULIT adalah kolagen?
  • Yang 80% daripada TULANG adalah terdiri daripada kolagen?
  • Yang KORNEA juga adalah kolagen?
  • Yang kolagen melindungi organ..paru-paru, hati,sel otak, saluran darah dan lain-lain?

JADI, KALAU KURANG KOLAGEN, APA JADI?


  • Garis ketawa, eye bag, lingkaran hitam bawah mata jadi ketara
  • Kuku mudah pecah dan warna kekuningan
  • Kulit hilang keanjalan
  • Penglihatan kabur
  • Liang roma menjadi besar, pigmentasi, jeragat dan kulit kekuningan
  • Organ dalaman tidak dapat berfungsi dengan baik.

ADA BANYAK PILIHAN KOLAGEN, TAPI KENAPA SHAKLEE COLLAGEN POWDER?



always safe, always works, always green!


Inilah 'budaknya' :) Shaklee Collagen Powder (SCP)

TESTIMONI SCP


perbezaan sangat ketara..
Jeragat dah hilang! FLAWLESS datang :)

NAK LAGI?


TAK PERCAYA JUGAK?


Tengooooook!! Cerah berseri!

Jom kita pulak sama-sama jadi TESTIMONI SHAKLEE COLLAGEN POWDER!
Tengah promo ni.. untuk BULAN SEPTEMBER 2014 SAHAJA!

Jimat hingga 30% daripada harga biasa!

Meh diskus dengan SID anda ni.. 
Jangan risau.. BANYAK TANYA pun tak perlu bayar! 



IKLAN BAWAH

* MEAL SHAKES sedap ni pun tengah promo.. jom ajak kengkawan share, beli 3, PERCUMA lagi 1 balang MEAL SHAKES....wooohooooo!

Buat stok sampai hujung tahun..! JIMAT ke CERMAT?






Sunday 31 August 2014

NAK TAMBAH BERAT BADAN

Teringat dulu..zaman anak dara.

Admin memang cekeding. Dahla tinggi, lepas tu cekeding, hitam pulak tu.. Dah macam hantu galah.

Masa tu admin cuba try test minum susu Weight Gain. Masa tu zaman belajar, mana la ada duit..mahal tuh. Kongsi beli dan minum dengan member hantu galah jugak.

Tak nampak tak rasa pun ada beza. Yang nampak berbeza, beg duit. Asik kempis je duk perabis beli susu Weight Gain tu. Dah la mahal. Kejap je abis.

Kalau lah masa tu kenal Shaklee..boleh beli SET TAMBAH BERAT Shaklee.
Berbulan-bulan tahan. Cuma mungkin kena top up Mealshakes laa.  
Macam Cikgu Cantik ni





Tapi takpe, bulan ni ada promo beli 3 dapat PERCUMA 1 canister  MEAL SHAKES!

Jimat banyak... tak payah top-up banyak-banyak kali.

Selain untuk tambah berat badan, SANGAT SESUAI untuk ibu bapa yang ada anak picky eater. Insya Allah, anak akan bertambah selera makan.

SET TAMBAH BERAT BADAN ni terdiri daripada :

MEAL SHAKES (1 sudu kecil di campur dalam air SEJUK kegemaran - JANGAN teh, kopi atau minuman berkaffein)
VITALEA - Saiz 120 biji ( 1 biji je sehari-selepas sarapan)
B COMPLEX -Saiz 120 biji ( 1 biji je sehari - selepas sarapan)

JIMAT KE JIMAT?

Tak cuba tak tahu..


Wednesday 27 August 2014

TAMBAH SELERA MAKAN

"A healthy teacher is a happy teacher!"

Tadi petang admin pergi COD order cikgu cantik kecik molek.

Cikgu ni order Mealshake nak top up set weight gainnya yang dah nak abis.

Katanya, sejak makan set ni, memang berselera dia makan.


Kalau anda pun ada masalah selera makan yang kurang, boleh cuba apa yang cikgu cantik ni cuba.


WEIGHT GAIN SET

Meal Shakes : RM113.75
Vita Lea : RM88.75
B-Complex : RM53.75
*harga yang dipaparkan ialah harga retail*
*anda boleh berjimat hingga 25% dengan menjadi ahli (RM65 seumur hidup)

JOM SIHAT BERSAMA SHAKLEE!




Monday 25 August 2014

SIAPA PERLUKAN GLA COMPLEX?

Siapa yang perlu makan GLA Complex?


  • mereka yang mengalami senggugut ketika datang bulan
  • mereka yang mengalami PMS
  • mereka yang menggunakan implanon (implanon mengganggu hormon dan kitaran haid)
  • mereka yang sedang mengalami gejala menopause
  • mereka yang mengalami masalah haid tidak teratur (haid yang tidak teratur boleh mangganggu kesuburan)
  • wanita yang ingin hamil (GLA membantu mengatur kitaran haid)
  • mereka yang mengalami Arthritis dan eczema
Anda yang mana?
 
Saiz : 60 softgel  (untuk bekalan 1 bulan)
Harga Runcit : RM91.25
Harga ahli : ???

Anda boleh berjimat hingga 25% dengan menjadi ahli pada bayaran RM75 (RM65+RM10 postage) seumur hidup!!

Jimat ke jimat?




Sunday 24 August 2014

MATA DAH TERANG SIKIT


 Hari ini, admin siap lambat ke sekolah.
Sebab tak jumpa cermin mata.

Biasanya bangun tidur, terus capai cermin mata.
Lepas siap mandi, terus capai cermin mata (masuk bilik air pun pakai cermin mata)
Tapi tadi dah siap pakai tudung, gincu celak semua.

Tetiba, cari cermin mata tak jumpa. Biasanya memang berada dalam jangkauan.
Rupa-rupanya, dalam bilik air. Lupa nak pakai balik lepas mandi.

Dah jalan-jalan satu rumah, kemaskan baju seluar anak, tak pakai pun cermin mata rupanya.
Petanda bagus ni!

Belum pun habis sebotol CAROTOMAX!

Alhamdulillah...terima kasih Allah kerana membuka hati ini untuk cuba CAROTOMAX!



Bukan saya seorang je.. :)



Kalau nak cuba atau ada pertanyaa mengenai CAROTOMAX (atau apa-apa produk SHAKLEE) bolehlah hubungi ADMIN :) 
Boleh Whatsapp, SMS



Wednesday 20 August 2014

CARA MENJADI AHLI SHAKLEE

Ramai yang tanya cara untuk menjadi sebahagian keluarga besar kami. 
Samada untuk kegunaan sendiri atau berniat untuk berniaga. 

Cara 1 :
Bayar RM65 (+RM10 postage Semenanjung, RM20 Sabah Sarawak)
Untuk dapatkan Starter Kit Shaklee, No ID, Password Sementara
Pendaftaran akan saya lakukan secara online.. (mudahkan?)
Pembelian pun secara online.. (mudahkan?) 
Jimat masa, duit minyak, tenaga - tak payah nak cari stokis.

Contoh :
Untuk 1 set Hamil (Harga Bukan Ahli)

Vitalea - RM88.75
Vita C - RM92.50
B-Complex - RM53.75
ESP - RM150.00 

Jumlah (harga bukan ahli)  RM385

Pada harga ini anda sebenarnya boleh mendapatkan 'keahlian percuma'..
BAGAIMANA?

Jumlah harga 1 set Hamil di atas pada harga ahli hanya RM309

RM309 + RM65 (yuran keahlian) + RM10 (postage) = RM384 - singgit simpan dalam tabung .. :)

Jimat ke jimat?

Cara 2 :

Pembelian produk Shaklee sebanyak RM680 atau 200 UV. Secara automatik anda adalah ahli Shaklee seumur hidup.

Dengan 150 UV atau lebih, anda layak pula menerima pulangan tunai (bonus) pada bulan itu.

Seronok ke beronok-ronok?

Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan anda dibimbing cara menggunakan produk atau untuk memulakan perniagaan.

Jadi anda tidak akan terpinga-pinga. Insya Allah.

Untuk memulakan perniagaan dengan Shaklee, saya tidak mampu menjanjikan bulan dan bintang. Apa dan berapa yang anda mahu, anda tentukan.


Jom BerShaklee dengan saya
019 6564521

KURANGKAN SILAU KETIKA MEMANDU

Sebelum-sebelum ni..

Bangun pagi, benda pertama yang akan saya capai ialah cermin mata. Nak tengok jam laa, apa lagi.. kalau awal lagi boleh tidur balik. 

2-3 hari lepas, saya cuba tengok muka jam tanpa pakai cermin mata. Walaupun tak terang sangat biji butir muka jam tu, boleh la agak tang mana jarum panjang pendek... bolehla agak-agak pukul berapa.

Dulu, jangan kata, biji butir jarum nombor.... muka jam pun tak nampak. Nampak putih je.. kikikiki

Saya amalkan CAROTOMAX sejak seminggu sebelum puasa. Sebiji je sehari. 

Cemana boleh terpikir nak makan CAROTOMAX? Sebab saya baca testimonial. Katanya, silau ketika memandu dah kurang selepas consume CAROTOMAX. Saya memang silau teruk. Kalau dalam kereta (walaupun tak memandu) ada kereta datang dari depan, memang saya akan tutup mata. Dah bukak mata pun, boleh berbalam-balam lagi. Jadi memang tak berani bawak kereta malam. BAHAYA yang amat.


Sekarang, (walaupun belum pandu sendiri), tapi takde la sampai tutup mata lama-lama bila kereta datang dari depan. Memang terasa kurang gangguan silau tu.


BONUS? Kurang jugak sedikit kebergantungan pada cermin mata. :)

Kalau ada masalah yang sama. Boleh cuba try test jugak.

Tak cuba mana la tahu kan?


Sunday 10 August 2014

MAKAN PIZZA DOMINO'S

Assalam Tetamu SihatHouse,

~Ini cerpen~

Hari tu pergi menziarah rakan baik admin. 
Beliau belanja Pizza Domino's. First time ni nak makan.. (ok..jakun di situ)
Banyaknye cheeeeeeeese... meleleh-leleh...kalah PIZZA HUT

Teringat pesan Dr Lee masa last jumpa dia dulu..
"Kalau tak mau migraine.. no PIZZA HUT aaaa..too much cheese".
(Dr Lee kata PIZZA HUT.. ni DOMINO's) ngehehehhehehe

Makan punya makan punya makan punya makan... (sambil redha kalau  sakit kepala datang)

Abis berkeping-keping... lepas makan, terus telan B Complex dengan OSTEMATRIX
Migraine tak jadi datang... Alhamdulillah..
(kalau tak, belum habis sekeping dah ting-tong!)

*set ini juga sebahagian daripada cadangan set untuk PENYUSUAN dan IBU HAMIL*


HARGA RUNCIT :
Ostematrix -  (RM 61) 120 biji  (tahan 1-2 bulan)
B-Complex -  (RM54) 120 biji (tahan sehingga 4 bulan)

*jimat hingga 30% dengan harga AHLI (Yuran Keahlian SEUMUR HIDUP- hanya RM65)*




Monday 30 June 2014

KURANGKAN SEKSA GOUT AYAH

Salam readers,

Hari ni nak cakap pasal gout pulak. Gout ni terjadi disebabkan oleh urik asid yang berlebihan di dalam darah. Lebihan asid urik ini mendap di sekitar sendi dan menyebabkan keradangan yang menyakitkan.



Gejala dan tanda-tanda sakit gout:

  • sakit sendi secara tiba-tiba - ibu jari, lutut dan pergelangan kaki
  • sendi bengkak, panas, merah dan teramat sakit
  • demam
Serangan gout ini boleh berlaku bila-bila masa.
Contohnya

  • ketika kekurangan air atau berpuasa
  • makan makanan kaya purin secara berlebihan (meninggikan tahap asid urik dalam badan)
    • makanan kaya purin - organ dalaman haiwan,daging, makanan laut (bilis, scallops)
  • minum alkohol
  • pembedahan
  • kecederaan pada sendi
Rawatan:

Tujuan rawatan adalah untuk mengurangkan sakit sendi, mengurangkan serangan dan mengelakkan komplikasi. Namun ubatan yang digunakan untuk rawatan ini boleh menyebabkan kesan alahan,cirit-birit dan ruam serius berlaku.

sumber :Dr Sendi

Ayah admin merupakan penderita penyakit Gout ni. Kesian sangat. Sebelum ni memang beliau bergantung kepada ubat hospital. Tapi ubat ni sekadar bertindak sebagai pain killer. Bukan merawat atau mengurangkan pun. Sekadar menghilangkan sakit masa tengah radang tu jer.

Bulan Mei sempena Hari Ibu, kami adik beradik bagi advance hadiah Hari Bapa..hehehhe
Set Gout dari Shaklee. Cuba je dulu. Mana tahu berjodoh kan?

Kami belikan ayah kira full set la.. sebab goutnya dah merebak sampai ke siku. Buku lali pun dah bengkak. Jalan terhencot-hencot. Dah la ayah admin ni tak reti dok diam.

Sejak itu, ayah dah tak perlu makan ubat hospital lagi. Supplement Shaklee terbuat dari bahan-bahan semulajadi. Tiada kesan sampingan.


Dari kiri
1) Advanced Joint Health Tablet : RM 124.00 (60 biji) - tahan  1 bulan
2) Omega Guard : RM136.00 (90 biji ) - tahan 2-3 bulan
3) Alfalfa Complex : RM97.50 (700 biji) atau RM53.75 (330 biji) - tahan 3 hingga 6 bulan
4) Performance Drink - RM82.50 (539g) - tahan 1 - 2 bulan

Jumlah Maksimum : RM440

Tapi dengan hanya RM65, anda boleh mendapatkan full set ini pada harga RM352 sahaja!
(RM352 + RM65, baru RM417 anda masih jimat RM23 dan menjadi ahli! Jimat berganda untuk top up set di bulan-bulan seterusnya)

Do the math!


*PERINGATAN
Supplement bukan ubat tahan sakit. Ianya perlu diamalkan secara berdisiplin.

Sunday 15 June 2014

MIGRAINE

Salam Readers,

Kalau nak tahu, tak lama dulu, admin selalu kena migraine attack. Boleh kata selang sehari.

Lebih lebih lagi sejak pasang implanon. Laaaaagi kerap kena migraine. 

Panas sikit..migraine
Terbau kopi.....migraine
Makan pizza sikit.... migraine.. (alang-alang migraine..sebat la sampai tak ingat dunia)

Seksa amat.


Tengok dia, sakit kepala pun cantik lagi (ini bukan admin..kehkehkeh)

This is more like me! :>

Pencetus Migraine


Lagi satu sebab yang jarang kita tahu selain sebab-sebab biasa di atas yang boleh mencetuskan migraine ialah kekurangan magnesium dalam badan.

Nak usaha kurangkan serangan migraine macam saya?

Saya amalkan B Complex dan Ostematrix (membekalkan magnesium yang diperlukan oleh badan)

1 biji B-Complex dan 2 -4 biji ostematrix setiap hari. 
Jangan tunggu sakit datang baru nak makan.

Sebab set ini bukan pain killer..


Harga cadangan set migraine :
Ostematrix (RM 61) 120 biji  (tahan 1-2 bulan)
B-Complex (RM54) 120 biji (tahan sehingga 4 bulan)
*ini harga retail. tau. untuk penjimatan sehingga 30%..belilah dengan harga ahli

Alhamdulillah... rasanya dah lebih sebulan kot berjaya menjauhkan diri dari migraine.

Wooohoooooo!!





Tuesday 13 May 2014

LET'S MOVE, WE ARE NOT TREES!


self-explanatory!



Jom Sihat dengan SihatHouse!

Yang KOMPEM akan jadi, cuma MATI je

Haaaa, serius tak tajuk ucapan admin hari ni? Macam cari gaduh kan? 

Post ni bertitik tolak daripada satu perbualan dengan seseorang. 
Dia tanya, kalau makan set menyusu ni, kompem ke susu jadi banyak?
Haaa..cemana nak jawab tu?
Kalau  jawab " KOMPEM!!!" sah-sah la tukang jawab menipu..yang KOMPEM, tukang jawab tu berdosa.

Sebab apa? 

Sebab tak ada benda dalam dunia yang kompem buat, mesti jadi punya. TAK ADA.. yang ada kompem AKAN jadi, hanya MATI jer. Betul tak cakap admin?

Sebab dari pengalaman admin sendiri pun waktu mengkonsumsi (giler laa, cam sinetron pulak) set menyusu dulu, susu takderla melimpah ruah. Sama banyak tu jugak. Kalau selalu pam, dapat 2 -3 botol..lepas telan Shaklee pun 2-3 botol tu lah jugak.

Dah tu kenapa yang sibuk-sibuk promo set menyusu ni?

Sebab lain orang lain penerimaan badannya. Macam admin, memang produksi susu sama banyak tu jer. TAPIIII, susu jadi lebih pekat. Kalau sebelum tu, Aqeel melekap sampai 20 minit, kadang-kadang sampai setengah jam, lepas amalkan set menyusu ni, dah jadi 10-15 minit je. Tidur pun lebih lama. Mungkin sebab dia lebih cepat kenyang bila susu pekat walaupun jumlah dia minum sebenarnya kurang daripada biasa. 

Ada yang memang susu melimpah ruah, kejap-kejap bengkak susu, bila pam pun meriah jer. wooohoooo...ambik gambar masuk pesbukMungkin hasil Milk Booster- Alfalfa

Ada yang hilang sakit lutut, gigi tak goyang, anak pun tegap jer, mungkin sebab cukup bekalan kalsium daripada Ostematrix.

Ada yang hilang semput, badan rasa ringan, bertenaga, sebab cukup pengambilan Vitamin B complex dan Vitamin C.

Ada yang rasa badan tetap cergas walaupun tak cukup tidur sebab anak yang terjaga pukul 3 pagi ajak main lumba kereta laa, ajak berborak laa dengan ESP- Soy Protein dan Vitalea

Dan tak dinafikan, ada yang tak nampak apa-apa perubahan pun. Set ini tak berkesan untuk dia. Memang ada. Tak berjodoh dengan Shaklee. Kita usaha lain pula ye...

Rezeki masing-masing.

Tapi, kalau tak cuba mana kita tahu. Macam admin, kalau tak cuba set menyusu dulu, kalau tak keluarkan modal (tak sikit wooooo..) mungkin admin berhenti separuh jalan dalam proses menyusukan Aqeel. cerita kalau ni, sampai bila pun tak abis.

Dah tu kak, KALAU tak jadi, burnla duit aku kak beli set ni. Mahal tuuuuu!

Ni jawapan Kak Ton bidan : abis tu, KALAU set ni menjadi dengan ko, ko ingat anak akak ke dapat susunya?? kalau ko tak cuba, mana ko nak tahu??
*Kak Ton ni, laser tau*

Semua benda yang kita nak, mesti mau keluar modal maa... tak keluar modal duit ringgit, mungkin kena keluarkan modal peluh, tak pun modal masa, dan mungkin juga sampai bermodalkan air mata... pilihan kita.

Ini admin nak syorkan set penyusuan untuk ibu-ibu yang berazam nak susukan bayi dan masa yang sama menjaga kesihatan diri. Banyak kan benda nak kena telan?






Admin cadangkan agar mulakan dengan Pakej B, iaitu ESP dan Alfalfa. Dan ditambah setiap bulan dengan pakej-pakej lain.

Contohnya: Bulan ni beli Alfalfa dengan ESP, bulan depan Vitalea dan B Complex, lepas tu, Ostematrix dan Vitamin C
Taadaaaaaaaaa..set menyusu lengkap! 

(Kebanyakan bekalan vitamin Shaklee, jika di makan mengikut cadangan, boleh tahan selama 2-3 bulan. Ada yang boleh bertahan selama 6 bulan. Do the math!)
Jimat sebenarnya.
Nak lagi jimat, jadi ahli, dapatkan semuanya pada harga ahli. Hanya RM75 seumur hidup (RM65+ RM10 postage Starter Pack)

DAN YANG PENTING SEKALI!!!
Jangan lupa untuk berdoa, membaca doa-doa yang bersesuaian, minta dengan Allah agar dipermudahkan perjalanan menyusukan anak. Sebab semuanya adalah kehendakNYA jua. Kita hanya berusaha!

Pilihan di tangan anda. *smile*




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...