Thursday 24 April 2014

Edisi Khas Pengantin ( Baru dan Lama)

Assalamualaikum tetamu SihatHouse,

Cuti Hari Pekerja ni salah seorang sepupu admin nak tamatkan zaman bujang. Tu yang admin terlintas nak buat post ni. (Bukan sebab malam ni malam Jumaat tau)

Edisi khas ni admin nak berkongsi tentang set kesuburan. Yerlah, dulu orang sibuk tanya bila nak kahwin..bila dah kahwin nanti orang tanya bila nak dapat anak pulak kan? Dah dapat anak, orang tanya bila nak tambah pulak...Biasa la tu... tak boleh nak lari.

Harap-harap post ini boleh membantu para tetamu SihatHouse. Sekurang-kurangnya untuk membuat pilihan dan berusaha. Sebab, keputusan akhir tetap hak Allah S.W.T. Kan?
Mula-mula kita berdoa:


Selepas berdoa kita berusaha!

Cadangan Set Kesuburan

Set Asas
Untuk Wanita - SihatHouse mencadangkan GLA-Complex
  
Fungsi GLA- Complex
- membantu mengembalikan kestabilan hormon
- membantu menyediakan cecair serviks yang subur dan sihat.
- membantu menyediakan persekitaran rahim yang sihat. (memanjangkan jangka hayat sperma dan meninggikan peluang persenyawaan)

_________________________________

Untuk lelaki - SihatHouse mencadangkan Zinc Complex

 
Fungsi Zinc Complex
- membantu pembentukan hormon testosterone dan mengekalkannya di paras yang bersesuaian.
- membantu mengekalkan jumlah dan kepekatan air mani.
- kekurangan zinc boleh menyebabkan masalah "mati pucuk". 
- membantu mencegah gangguan pada prostat. Kekurangan zinc boleh membawa kepada kanser prostat.
- juga penting untuk wanita - zinc membantu pembentukan telur yang matang ketika ovulasi.

___________________________________

Tambahan Supplement untuk kesan yang lebih baik * Insya Allah*

1) Vitamin E 
 - bertindak sebagai antioksidan yang membantu melindungi sperma daripada kerosakan membran yang      boleh menyebabkan kerosakan DNA.
- pengambilan Vitamin E secara berterusan boleh membaiki kesihatan dan kesuburan sperma.
- menjaga kesihatan dinding rahim untuk wanita.

2) Vitamin C (Sustained Release Vita-C Plus)
Bagi wanita - menjaga kesihatan sistem hormon, meningkatkan kesuburan, membantu penyerapan zat besi.
Bagi lelaki - meningkatkan pergerakan dan keaktifan sperma. Ini akan meningkat peratus persenyawaan.
(SANGAT penting di ambil oleh perokok. Rokok menyebabkan Vitamin C musnah dan mengurangkan kadar kesuburan)

3) Vitamin B- Complex
- mengandungi asid folic (B9)-  membantu mengelak gangguan kepada saraf tunjang.

4) ESP - untuk tenaga :))

Kita merancang, Tuhan yang menentukan..tetapi
"Orang yang gagal merancang, sedang merancang untuk gagal"




Harga Runcit : 

GLA Complex - RM91.25 (60 Kapsul)
ZINC Complex - RM33.75 (120 Tablet)
Vitamin E - RM149.00 (120 Kapsul)
Vitamin B - RM 53.75 (120 Tablet)
Vitamin C (SR) - RM 92.50 (180 Tablet)
ESP - RM150.00 (850 g)

TOTAL : RM570.25

*dengan bayaran keahlian RM65, anda layak mendapat SET di atas pada harga RM457 sahaja*

RM457 + RM65 = RM522 (anda masih jimat RM48.25)


Tuesday 22 April 2014

Kesan Sampingan Minyak Ikan

Salam tetamu SihatHouse,

Mula-mula sekali nak tanya, apa perasaan anda bila tengok gambar-gambar ni?
Agak-agaklaa apa pula perasaan mak dia?






Ini anak kedua admin. Aqeel namanya. Masa ni umurnya belum setahun. Ekzema. Mengalami kesan alahan yang teruk pada perubahan cuaca, habuk, pelbagai jenis makanan biasa seperti telur dan kekacang.

Macam-macam ubat, pelbagai krim, segala jenis air penawar admin bagi, sapu. Rasa bersalah jangan cakapla, dok sapu segala jenis krim stroid base segala jenis ubat kononnya untuk elokkan seksa dia tu. 

Segala cadangan diambil kira, pakai itu, sapu ini, beli itu, beli ini. Air mata dengan duit sama laju jer tumpah.

Sampai satu tahap, admin nekad nak hentikan guna segala jenis ubat, krim steroid base, aquos cream. Admin pantang makan, tukar ke natural cream, syampoo, mandian semua natural, minyak zaitun dan minyak ikan.

Ohhh dan ye... susu ibu sepenuhnya...!! Apa admin buat untuk pastikan susu badan mencukupi?? SEGALA yang termampu dan terpikir!


Aqeel sekarang!

Tapi jaga-jaga minyak ikan mungkin  ada kesan sampingan.
(dengan izin Allah jua)

Antaranya:

- Aqeel lebih alert dengan persekitaran dan keadaan alahannya pada usia 2 tahun lagi.
  " No, Aqeel tak boleh makan egg. Nanti Aqeel gatal"
- Sangat mudah menghafal - menghafal surah Al-Fatihah dan doa doa biasa sebelum 2 tahun. (kalau mama rajin sikit, banyak lagi kot Insya Allah tapi.....sambung sendiri)
- Mudah faham arahan.
- Stop pakai lampin sepenuhnya sebelum usia 2 tahun setengah.
- Mengira (dan mengecam nombor) semasa berumur 1 tahun setengah.

Untuk manfaat lain minyak ikan boleh klik di sini  :))

Anda boleh beli apa sahaja jenama minyak ikan. Manfaat yang anda perolehi Insya Allah sama. Tapi, admin nak cadangkan 



Kenapa? Apa bezanya dengan minyak ikan lain?

Fungsinya mungkin tiada beza. Tapi Omega Guard Shaklee telah melalui proses penyulingan yang akan menyingkirkan  bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

Harga Runcit Omega Guard : RM 136
Harga ahli : RM109 *tanya kami cara untuk dapatkan harga ahli* *wink*
Saiz : 120 capsul ( hanya 1 biji sehari )


Sunday 20 April 2014

Punca dan Cara Elak Sembelit

Assalamualaikum tetamu SihatHouse!

Hari ni nak cakap pasal sembelit. Ramai yang sembelit sebenarnya kan?
Admin pun. Tapi dah tahu cara nak atasi, jadi bye-bye Incik Sembelit!! Wahahaha!

Sebelum tahu cara atasi, meh kita tengok antara punca biasa masalah pembentungan ni.

Punca 1 : (Ni pengalaman pahit admin nih)
Punca yang biasa ialah diet kurang fiber (Admin tak suka makan sayur...patutle), pastu kalau dah ada rasa, nak kena tunggu feel pulak, kalau tengah tunggu feel, tetiba dengar suara orang berborak kat luar bilik termenung, alahai....feel pulak lari lintang-pukang.

Punca 2 : (ini biasa nih)
Kurang minum air. Berapa banyak kena minum air KOSONG (bukan Neslo ais yer) sehari? 2 liter? 3.56 liter? 1 tong drum?
Secara biasanya, seorang dewasa perlu minum lebih kurang 8 gelas air sehari. Gelas besar mana? Besar tapak tangan pun gelas jugak. Menurut Dr.Zubaidi, 8 gelas air tu secara puratanya lebih kurang 2.5L. (klik di sini untuk maklumat lebih lanjut)


Punca 3 : Senaman tak teratur/tak bersenam langsung
Aktiviti fizikal yang sihat membantu menggalakkansistem tubuh berfungsi dengan baik.


Punca 4 : Penggunaan ubat tahan sakit
Penggunaan berpanjangan ubat tahan sakit (cth: aspirin)

Punca 5 : Depresi
Depressi menyebabkan fungsi umum badan menjadi perlahan (termasuklah fungsi penghadaman)

Punca 6: Melahirkan anak ( Wargggghhhh...ini memang pengalaman pahit..ehhh..bukan bab bersalin tu, tapi sembelit lepas bersalin tuh...ngeri kalau ingat. Bayangkan, admin masuk labour room untuk bersalin anak pertama tak sampai pun sejam, tapi lepas bersalin, dok menerankan  bahan buangan 2 jam lebih!!!!)


Cadangan untuk elak sembelit:

Apa lagi, counter la punca-punca dia.
  • Makan makanan tinggi fiber
  • Minum air sekurang-kurang 2.5L sehari 

  • INGAT! terlalu banyak juga memudaratkan. (klik untuk tahu kesan air berlebihan)
  • Bersenam dengan teratur
  • Elakkan penggunaan ubat tahan sakit secara berterusan. Guna bila betul-betul perlu sahaja.
  • Tenangkan hati
  • Jangan beranak?? (Hehehehehe....) Ada kaaaaa! Amalkan yang atas-atas tu

atau

makan Herb-Lax
(Pesakit SLE di larang mengambil produk ini tanpa saranan pengamal perubatan)

Saiz : 120 tablets 
Saranan: 2-4 biji di hujung minggu 
Harga : RM52.50 
*hubungi SihatHouse untuk cara menikmati harga ahli yang menjimatkan*









Saturday 19 April 2014

Manfaat Minyak Ikan

Assalamualaikum tetamu SihatHouse,

Hari ni nak kongsi sesuatu yang ramai orang dah tahu, tapi masih ambil mudah..minyak ikan...


Bila sebut minyak ikan jer mesti teringat bau dia yg perghhhhh!! Lepas makan ikan ni sendawa pulak...hahahhaa... terbaikkk!!

Jadi, apa manfaat minyak ikan?

1. Mencegah penyakit jantung - Kandungan terbanyak yang terdapat di dalam minyak ikan ialah Asid Lemak Perlu. Asid Lemak Perlu sangat penting untuk kesihatan jantung.
(Inuits, satu kaum Eskimo di Greenland, mempunyai 42 perkataan untuk salji tetapi tiada sepatah pun perkataan yang merujuk kepada perkataan penyakit jantung. Mengikut Dr. Caroline Shreeve, kaum Inuit jarang mendapat mana-mana jenis penyakit jantung. Sebabnya, makanan utama mereka ialah daging singa laut dan ikan air sejuk)- sumber dr kesihatan.biz

2. Bermanfaat untuk masalah kesihatan mental seperti depresi berlebihan, gangguan bipolar (maksud bipolar : http://en.wikipedia.org/wiki/Bipolar_Mood_Disorder) dan schizipherenia (http://www.medicalnewstoday.com/articles/36942.php)

3. Mencegah kanser - Omega-3 membantu menjaga sel-sel badan suapay berada dalam keadaan sihat dan normal. Sel-sel badan yang yang tidak normal boleh mendorong kepada terjadinya penyakit kanser seperti kanser payudara, prostat dan usus besar.
(perhatikan perkataan mencegah, bukan mengubati)

4. Mengawal kadar kolesterol - EPA dan DPA yang terkandung di dalam minyak ikan mampu meregulasi kadar kolesterol dalam darah.

5. Mencegah penyakit kardiovaskular - Mencegah denyut jantung yang tidak normal.

6. Mencegah sakit sendi - self- explanatory I guess :))

7. Bagus untuk kehamilan - DHA dalam minyak ikan bagus untuk perkembangan mata dan otak janin. Juga membantu mencegah kelahiran bayi pramatang dan keguguran.

8. Mencegah penyakit asma - minyak ikan bagus dalam melancarkan pernafasan dan mencegah asma.

9. Bagus untuk ingatan dan daya fikir - Minyak ikan melancarkan perjalanan darah. Membantu membuatkan fungsi kerja otak lebih lancar.

10. Membantu mencegah darah tinggi 

11. EPA dalam minyak ikan membantu mencegah  dan mengurangkan jerawat.

12. Menjaga kesihatan mata - Omega-3 membantu mencegah mata kering


KESIMPULANNYA...? 

Berapa banyak kebaikan yang diperolehi berbanding bau busuk  3 biji kapsul minyak sehari..? You do the math!

Cadangan saya : Omega Guard

Perbezaan Omega Guard Shaklee dan minyak ikan jenama lain

Omega Guard Shaklee melalui proses penyulingan yang menyingkirkan  bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan. (klik untuk baca tentang bahaya merkuri)

Saiz : 90 kapsul
Harga Runcit : RM136
*hubungi SihatHouse untuk cara menikmati harga ahli yang menjimatkan*





Thursday 17 April 2014

SEDIKIT TIPS PERSEDIAAN AWAL MENYUSUKAN BAYI ANDA SENDIRI

Assalamualaikum Readers,

Kali ni SihatHouse nak intro sikit mengenai Cadangan Set untuk Penyusuan Bayi.  SihatHouse memang sangat menyokong ibu-ibu yang ingin menyusukan sendiri bayi mereka. Admin SihatHouse pun menyusukan dua-dua anak admin. Yang pertama, sampai umurnya setahun setengah.. berhenti sebab admin dah pregnant 6 bulan masa tu. Anak sulong admin semangat, sangkut perut dah....hehehhehe

Anak Admin yang kedua..Alhamdulillah, admin berjaya menyusukan sampai dia dua tahun. Setahun pertama, memang secara eksklusif.

Admin nak bagi nasihat kepada sesiapa yang berniat nak susukan anak secara eksklusif, antara yang admin buat untuk memastikan semangat kita tu tak lenyap di telan arus masa ialah sediakan peralatan yang diperlukan dengan lengkap sebelum ketibaan orang baru. Terutamanya bagi ibu bekerja. Selalu terjadi, masa hamil berangan nak menyusukan anak, tapi bila masuk kerja, semangat ke mana, susu masuk tin.

Apa yang admin buat, admin siapkan semua keperluan seperti pam (kalau mampu, biar ada manual dengan elektrik), cooler bag, icepack, bekas simpan susu, apa lagi ek... haaaa, nursing blouse, nursing cover, tummy cover... jadi..kita tak ada alasan untuk tak nak bagi hak anak..sebab semua keperluan dah ada...memang macam banyak.. kumpul sikit-sikit dari awal...Insya Allah berdikit-dikit..lama-lama lengkap laaa *senyum kat sini*
Jadi bila ada hasutan hati suruh give up, cakap kat dia macam ni.."Giler ko suh give up..aku dah melabur sikit punya banyak nih!!"

Yang paling paling paling PENTING...ialah kita kena set minda kita yang kita mampu susukan anak kita... Chaiyyyooookkk!!!! 

Sentiasa berusaha untuk pastikan bekalan susu kita sentiasa ada. Minum air memang macam paip pecah, bergelen-gelen, makan kena cukup, hati kena tenang, tak mau stress-stress..(Kalau stress, Vitamin C dalam badan pun boleh musnah tau!)

Macam admin dulu, Alhamdulillah memang dikurniakan dengan susu yang melimpah-ruah. Tapi, anak admin asyik nak bergayut jer... sampai tak boleh buat kerja apa...padahal susu mencurah-curah tu.. ada kawan admin suggest suh ambik supplemen.. admin mmg malas nak makan-makan supplemen ni..susu dah banyak kononnya kan, kalau pagi pegi sekolah tu (admin ni cikgu...) kelas belum start lagi, admin dah bengkak susu, dah kena pam dah pagi-pagi tu.. tapi, anak mcm tak puas, kejap nak, kejap nak.. kawan admin kata mungkin sebab susu cair kot.. terdetik jugak..

So, dia suggest Shaklee, masa tu dia bagi 'trial pack' je.. so sikit jerla... dah ketegaq ujung, kedekut duit plak tu... dia bagi beberapa jenis laa... lepas 2-3 hari, baby admin dah kurang bergayut (sikit laaa) tidur pun lama sikit. bila admin perhati, susu yg admin pam, nampak kehijauan, pekat plak tu.. mungkin baby admin lebih lama kenyang, sebab tu dia kurangkan tempoh penggayutan(????) tu..kikikiki.. lega sikit..dahla semangat.. belum  umur 5 bulan, dah dekat 10kg! Bengkok pinggang mak usung tau..

haaa.. ni baru nak tunjuk apa yg admin makan. Set ini bertindak sebagai Milk Booster (dengan izin Allah jua) :))
Kita usaha dulu yer...

1. Cadangan Set Penyusuan Asas
   Vitalea, B-Complex, Vita-C, Alfalfa



2. Cadangan Set Penyusuan 2
   Set Asas tambah Ostematrix (untuk keperluan Kalsium)

3. Cadangan Set Penyusuan Lengkap
    Set 2 tambah ESP ( Untuk tenaga segera ibu)
 
 


 dan 

Untuk lebih jimat, readers semua boleh dapatkan Set Cadangan Penyusuan ini pada harga ahli
*how??? meh, hubungi SihatHouse, kita boleh bincang*

Ibu sihat, susu lebat, anak hebat!!

Jom sama-sama sihat dengan SihatHouse!





CADANGAN SET NUTRISI SHAKLEE

Assalamualaikum Readers,

Kali ni SihatHouse nak cadangkan beberapa set nutrisi Shaklee yang mungkin boleh memenuhi keperluan badan kita.

1. Kenapa perlu set? Makan 1 cukup la..

Readers, setiap supplemen ada fungsinya tersendiri..kan?
Kita pakai baju pun kena cukup setnya. Kena ada yang tutup atas, tutup tengah, tutup bawah, tutup kaki.... kadang-kadang perlu tutup muka juga... (extra coverage gitu).. Tak ada baju yang boleh cover semua dari atas sampai kaki... kalau ada pun, kita tak panggil baju, kita panggil kain.. KAIN KAPAN..

betul ke SANGAT betul? Hehehhe


2. Mahal laaa... mana nak cekau duit beli banyak-banyak benda sekaligus?

Haaaaa... ini memang kelebihan supplement Shaklee, satu botol supplement ada yang boleh bertahan sehingga 6 bulan!! Jimat sangat!
Kalau nak lagi jimat, beli dengan harga ahli.
*dengan hanya RM65, anda boleh menikmati harga ahli seumur hidup*


Jadi, bagaimana caranya nak dapatkan set...?
Tentukan keperluan kita dulu. 
Beli 1 atau 2 jenis dulu setiap sebulan, sebelum yang bulan lepas habis, set kita dah lengkap pun! Jom cuba try test tengok!


ANTARA SET CADANGAN NUTRISI SHAKLEE


1.   Set Kesihatan Optimum
2.   Set Menyusukan Bayi B1
3.   Set Menyusukan Bayi B2
4.   Set Berpantang
5.   Set Penjagaan Kulit
6.   Set Lengkap Penyusuan Bayi

7.   Set Penjagaan Dalaman Wanita
8.   Set Allergy
9.   Set Hamil 1
10. Set Hamil 2

Post akan datang SihatHouse akan menerangkan dengan lebih detail lagi tentang setiap set cadangan.

Tapi kena ingat..ianya sekadar cadangan sahaja..pilihan di tangan anda... *senyum*

Jom sihat sama-sama dengan SihatHouse!





Kepentingan Kalsium

Sumber Kalsium







Jumlah Keperluan Kalsium Harian 
(klik gambar untuk saiz besar)




Kesan Kekurangan Kalsium






Penyelesaiannya?

OsteMatrix- lebih dari sekadar Kalsium


OsteMatrix membekalkan:
(dengan pengambilan 2 biji kaplet, 2 kali sehari selepas makan)

  • 1000 mg (100% Keperluan Harian) unsur Kalsium
  • 400 mg (100% Keperluan Harian ) magnesium
    • Magnesium membantu menggabungkan Kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
  • 400IU (100% Pengambilan Harian) Vitamin D
    • Vitamin D membantu penyerapan Kalsium dengan lebih berkesan

Perlukan bekalan Kalsium?

Hubungi SihatHouse.
Kami sedia membantu













Jom sama-sama sihat dengan SihatHouse!

Harga Shaklee di Sabah dan Sarawak

Hai Readers,

Kalau ada tetamu SihatHouse yang tak tahu lagi..
Harga produk Shaklee di Sabah dan Sarawak sama je tau dengan Semenanjung..so jangan susah-susah hati.. 
(Yang beza cuma postage fee jer..)

So, untuk jimatkan kos pos...
apa kata kumpul kawan-kawan untuk order ramai-ramai...banyak manapun, Sihathouse boleh tawarkan flatrate RM20 untuk postage fee (Poslaju)

Nak jimat lagi.... join Keluarga SihatHouse..
dapat beli dengan harga ahli... dapat jana pendapatan lagi...!

Hubungi SihatHouse untuk tahu caranya..!

 Jom Sihat Sama-sama SihatHouse!





Promosi April 2014 Beli 6 Percuma 1 - OsteMatrix



Lindungi tulang anda dengan OsteMatrix! 
Kongsi kebaikan Kalsium dengan orang tersayang!

Harga Runcit : RM61( SM/SS)
Harga Promosi Beli 6 percuma 1: RM53/botol sahaja
*hubungi SihatHouse untuk mengetahui cara untuk dapat menikmati harga ahli* *wink*
SMS/Whatsapp: 019-6564521 (Era Endut)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...