Monday 29 September 2014

AKIBAT KEKURANGAN VITAMIN B12

Hari ni serius sikit *straight face*

APA PENTINGNYA VITAMIN B12?

Vitamin B12 sangat diperlukan oleh badan untuk 

  • membantu pembinaan sel DNA dan RNA 
  • membantu pembinaan sel darah merah,
  • memastikan sistem saraf berfungsi dengan baik.
  • membantu pembinaan neurontransmitter


AKIBAT SIMPTOM-SIMPTOM KEKURANGAN VITAMIN B12?

  • Kelesuan
  • Otot yang lemah
  • Sesak nafas
  • Pening
  • Kekejangan
  • Jantung bergerak pantas
  • Gusi berdarah, sakit mulut
  • Kurang selera makan
  • Cirit birit.
Kekurangan Vitamin B12 boleh menyebabkan pernicious anemia yang boleh membawa kepada hilang ingatan, kekeliruan dan dementia (otak hilang keupayaan untuk berfikir seperti biasa)



SUMBER VITAMIN B12

Sumber Vitamin B12 secara semulajadi adalah makanan yang berasal dari haiwan seperti telur, daging, susu, ikan dan kerang.

Vegetarian juga antara yang selalu berdepan dengan masalah kekurangan Vitamin B12.
Bayi yang lahir daripada ibu vegetarian juga cenderung mengalami kekurang Vitamin B12.


APAKAH YANG MENGGANGGU PENYERAPAN VITAMIN B12?

  • penyakit gastrik
  • anemia 
  • pembedahan yang melibatkan pembuangan usus kecil termasuk pembedahan menguruskan badan.
  • mereka yang telah berumur.
  • perokok - nikotin menghalang penyerapan Vitamin B12
  • pengambilan alkohol
  • pengambilan ubatan - untuk merawat Diabetes Type II, untuk mengawal asid perut
  • pengambilan antibiotik.
Oleh itu, pengambilan Vitamin B12 daripada sumber luar khususnya supplement adalah cara untuk mengelakkan Simptom Kekurangan Vitamin B12.

KADAR KEPERLUAN VITAMIN B BERDASARKAN UMUR.

  • umur 14 tahun ke atas - 2.4 mcg
  • dewasa dan wanita mengandung - 2.6mcg
  • wanita menyusu 2.8 mcg
  • 50 tahun ke atas - 25-100 mcg sehari
Dr.Weil mencadangkan pengambilan 50mcg yang mengandungi kesemua bahagian Vitamin B-Complex termasuk biotin, thiamin, B12( cyanocobalamin),riboflavin dan niacin.



CADANGAN SAYA ?





Sebiji sehari untuk bekalan B- Complex yang diperlukan.

Cadangan Set Yang Melibatkan B-Complex.
* set hamil, berpantang, menyusu
* set kurangkan migrain, asma, alahan.


















Monday 22 September 2014

PENTINGNYA KALSIUM

Teringat pula..

Sewaktu mengandungkan anak pertama, admin tiada masalah untuk minum susu. Cuma masa awal kehamilan kurang minum susu sebab muntah-muntah.

Tapi sewaktu hamilkan anak kedua, memang tak boleh telan susu, bau pun tak boleh. Akibatnya, gigi terserpih. Waktu tu 5 bulan kehamilan. Bahaya rupanya tak minum susu. Tu patah gigi, kalau patah tulang? (Teringat pulak kat doktor gigi hensem tu.. admin tanya dia, dah ambik SPM ke belum sebab nampak macam budak sekolah..kikiki... mak cik kan becok..)

AKIBAT DARIPADA KEKURANGAN KALSIUM
(untuk keterangan lanjut klik di SINI)

1) Sengal tulang
2)Osteoporosis
3) Kurang daya ingatan
4) Gangguan dalam jantung
5) Kurang daya tahan penyakit
6) Gigi dan tulang reput (macam admin *sigh)
7) Rambut gugur
8) Tidur yang kurang bermutu
9) Cramp atau simpul biawak terutamanya wanita hamil.
10) Kulit dan rambut yang tidak berseri


Sebab masih tak dapat telan susu, admin terpaksa cari alternatif kepada susu. Kang daripada serpih, gugur terus gigi. Takuuuut..

Mengikut kajian, kalsium sebaiknya di ambil bersama magnesium. Magnesium membantu untuk memaksimumkan 'hasil kerja' Kalsium.  Vitamin D pula membantu memaksimumkan penyerapan Kalsium oleh badan. Jadi pilihan terbaik yang admin ada ialah Ostematrix. Selain Kalsium, ia dilengkapi Magnesium, Vitamin D, Boron dan mineral lain.


Sebotol Ostematrix ada 120 kaplet. Makan 4 biji sehari sebelum tidur.
Dan yang paling penting kapletnya senang di telan (easy to swallow)!
Oh ye, ibu hamil sering mengalami sembelit. Kekurangan magnesium boleh menyebabkan sembelit. Jadi, dengan mengambil Ostematrix, Insya Allah, masalah sembelit akan turut sama berkurangan.

Kenapa SEBELUM tidur?

Sewaktu tidur, kita kurang membuang air kecil.  Kurangnya proses pembuangan, membuatkan tubuh lebih mudah menyerap kalsium.

 
Mahu cuba sendiri? Hubungi admin bila-bila masa..




Friday 19 September 2014

TESTIMONI ESP - ENERGIZING SOY PROTEIN

Ini cerita dari Puan S ( bukan nama sebenar- sebab dia malu... malu tapi MAHU cerita)

Ceritanya: (di karang semula berdasarkan perbualan.. banyak bahagian mengarut  tak perlu dah diedit) :)

Akak pergi berurut dengan tukang urut ni ( yerla..takkan berurut dengan tukang kayu plak kan?)
Memang dah beberapa kali la pergi overhaul berurut dengan mak cik ni. Memang seluruh badan dia urut. Hilang lenguh-lenguh badan semua.

Sekali tu mak cik ni tanya," Ko tak menyusu anak ke?

"Erkkk..kenapa pulak makcik?"

" Taklaaa, ko punya ruang susu ni luas, sayangnya kalau tak nyusukan anak, mesti banyak susu ni"

" Apa pulak tak makcik, 4 tahun straight nyusu anak, siap tandem lagi"

" Oooo.. makcik tengok elok duduknya buah dada (dia tak sebut buah dada pun, dia sebut lain *wink*)... macam tak pernah bagi susu"..

Akak sengih stok 3 minggu. Baru ingat nak give up ESP... Kensel laa
Hahahaha...

Lain orang lain kesannya... kan?

Nak sengih stok 3 minggu macam Puan S ke?

 
 
 
 
Dapatkan ESP anda dari SihatHouse.
Kami akan kongsikan resepi-resepi lazat ESP dengan anda. Auuummmm...
 
 


ANAK TAK NAK MAKAN

[The Ultimate Picky Eater]

Ini anak admin. 5 tahun


Semua tak nak makan..minum susu je..kalau makan nasik pun, nak kicap je.. junk food, aiskrim nak la die..

Sayur, buah? " Abang tak nak makan pokok"
Ikan, ayam? " Kalau abang muntah cemane?"

Konklusi : 
Alternatif pada buah dan sayur: Bekukan jus tembikai, jus epal, jus oren..jadi aiskrim

Vitamin dan mineral lain : Alhamdulillah ada MEAL SHAKES

Sekarang PROMO beli 3 PERCUMA 1 MEAL SHAKES..boleh buat stok sampai hujung tahun..

gila tak beli????

Jimat ke cermat?

Cepat gegar kakak meja sebelah ajak share beli, masa dah tak panjang.. SEPTEMBER 2014 sahaja!

Thursday 18 September 2014

KAWAL MASALAH RESDUNG

                                         
SET KAWAL RESDUNG


Bangun pagi, bersin!
Makan belacan, bersin!
Sapu sawang, bersin!
Makan seafood, bersin!
Sapu sampah, bersin!
Bersin..bersin..bersin..!


Anda mungkin mempunyai masalah sinusitis atau resdung. Sila dapatkan pendapat pakar sebelum menggunakan apa-apa ubat / penawar resdung.

Komplikasi resdung:
* Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
* Jangkitan otak (meningitis)
* Sakit tekak yang kronik
* Jangkitan tulang muka
* Memburukkan keadaan lelah
* Berdengkur yang kronik
* Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
* Alahan hidung atau hidung sensitif
* Selesema biasa yang melarat.

Tip menguruskan resdung:
* Bagi pesakit yang mempunyai alahan hidung disarankan agar tidak menyapu rumah tetapi menggunakan vakum atau mop
* Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan
Setiap individu alah kepada makanan yang berlainan terutamanya ramai orang yang tidak boleh memakan makanan laut yang kaya protein atau belacan
* Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung
* Hirup sup atau cecair yang panas dan minum banyak air
* Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap
* Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari tujuh hari. Jika tidak, bengkak di dalam sinus akan menjadi lebih teruk selepas anda memberhentikan penggunaannya
* Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi
* Anda juga boleh menggunakan ubat-ubatan seperti acetaminophen dan parasetamol untuk merawat kesakitan
* Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil ubat demam kerana sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung ataupun menimbulkan lain-lain masalah.

Kawal resdung dengan Shaklee!




Saturday 6 September 2014

KEBAIKAN KOLAGEN - SHAKLEE COLLAGEN POWDER

TAHUKAH ANDA?


  • Yang 72% daripada KULIT adalah kolagen?
  • Yang 80% daripada TULANG adalah terdiri daripada kolagen?
  • Yang KORNEA juga adalah kolagen?
  • Yang kolagen melindungi organ..paru-paru, hati,sel otak, saluran darah dan lain-lain?

JADI, KALAU KURANG KOLAGEN, APA JADI?


  • Garis ketawa, eye bag, lingkaran hitam bawah mata jadi ketara
  • Kuku mudah pecah dan warna kekuningan
  • Kulit hilang keanjalan
  • Penglihatan kabur
  • Liang roma menjadi besar, pigmentasi, jeragat dan kulit kekuningan
  • Organ dalaman tidak dapat berfungsi dengan baik.

ADA BANYAK PILIHAN KOLAGEN, TAPI KENAPA SHAKLEE COLLAGEN POWDER?



always safe, always works, always green!


Inilah 'budaknya' :) Shaklee Collagen Powder (SCP)

TESTIMONI SCP


perbezaan sangat ketara..
Jeragat dah hilang! FLAWLESS datang :)

NAK LAGI?


TAK PERCAYA JUGAK?


Tengooooook!! Cerah berseri!

Jom kita pulak sama-sama jadi TESTIMONI SHAKLEE COLLAGEN POWDER!
Tengah promo ni.. untuk BULAN SEPTEMBER 2014 SAHAJA!

Jimat hingga 30% daripada harga biasa!

Meh diskus dengan SID anda ni.. 
Jangan risau.. BANYAK TANYA pun tak perlu bayar! 



IKLAN BAWAH

* MEAL SHAKES sedap ni pun tengah promo.. jom ajak kengkawan share, beli 3, PERCUMA lagi 1 balang MEAL SHAKES....wooohooooo!

Buat stok sampai hujung tahun..! JIMAT ke CERMAT?






Sunday 31 August 2014

NAK TAMBAH BERAT BADAN

Teringat dulu..zaman anak dara.

Admin memang cekeding. Dahla tinggi, lepas tu cekeding, hitam pulak tu.. Dah macam hantu galah.

Masa tu admin cuba try test minum susu Weight Gain. Masa tu zaman belajar, mana la ada duit..mahal tuh. Kongsi beli dan minum dengan member hantu galah jugak.

Tak nampak tak rasa pun ada beza. Yang nampak berbeza, beg duit. Asik kempis je duk perabis beli susu Weight Gain tu. Dah la mahal. Kejap je abis.

Kalau lah masa tu kenal Shaklee..boleh beli SET TAMBAH BERAT Shaklee.
Berbulan-bulan tahan. Cuma mungkin kena top up Mealshakes laa.  
Macam Cikgu Cantik ni





Tapi takpe, bulan ni ada promo beli 3 dapat PERCUMA 1 canister  MEAL SHAKES!

Jimat banyak... tak payah top-up banyak-banyak kali.

Selain untuk tambah berat badan, SANGAT SESUAI untuk ibu bapa yang ada anak picky eater. Insya Allah, anak akan bertambah selera makan.

SET TAMBAH BERAT BADAN ni terdiri daripada :

MEAL SHAKES (1 sudu kecil di campur dalam air SEJUK kegemaran - JANGAN teh, kopi atau minuman berkaffein)
VITALEA - Saiz 120 biji ( 1 biji je sehari-selepas sarapan)
B COMPLEX -Saiz 120 biji ( 1 biji je sehari - selepas sarapan)

JIMAT KE JIMAT?

Tak cuba tak tahu..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...