Tuesday, 13 May 2014

Yang KOMPEM akan jadi, cuma MATI je

Haaaa, serius tak tajuk ucapan admin hari ni? Macam cari gaduh kan? 

Post ni bertitik tolak daripada satu perbualan dengan seseorang. 
Dia tanya, kalau makan set menyusu ni, kompem ke susu jadi banyak?
Haaa..cemana nak jawab tu?
Kalau  jawab " KOMPEM!!!" sah-sah la tukang jawab menipu..yang KOMPEM, tukang jawab tu berdosa.

Sebab apa? 

Sebab tak ada benda dalam dunia yang kompem buat, mesti jadi punya. TAK ADA.. yang ada kompem AKAN jadi, hanya MATI jer. Betul tak cakap admin?

Sebab dari pengalaman admin sendiri pun waktu mengkonsumsi (giler laa, cam sinetron pulak) set menyusu dulu, susu takderla melimpah ruah. Sama banyak tu jugak. Kalau selalu pam, dapat 2 -3 botol..lepas telan Shaklee pun 2-3 botol tu lah jugak.

Dah tu kenapa yang sibuk-sibuk promo set menyusu ni?

Sebab lain orang lain penerimaan badannya. Macam admin, memang produksi susu sama banyak tu jer. TAPIIII, susu jadi lebih pekat. Kalau sebelum tu, Aqeel melekap sampai 20 minit, kadang-kadang sampai setengah jam, lepas amalkan set menyusu ni, dah jadi 10-15 minit je. Tidur pun lebih lama. Mungkin sebab dia lebih cepat kenyang bila susu pekat walaupun jumlah dia minum sebenarnya kurang daripada biasa. 

Ada yang memang susu melimpah ruah, kejap-kejap bengkak susu, bila pam pun meriah jer. wooohoooo...ambik gambar masuk pesbukMungkin hasil Milk Booster- Alfalfa

Ada yang hilang sakit lutut, gigi tak goyang, anak pun tegap jer, mungkin sebab cukup bekalan kalsium daripada Ostematrix.

Ada yang hilang semput, badan rasa ringan, bertenaga, sebab cukup pengambilan Vitamin B complex dan Vitamin C.

Ada yang rasa badan tetap cergas walaupun tak cukup tidur sebab anak yang terjaga pukul 3 pagi ajak main lumba kereta laa, ajak berborak laa dengan ESP- Soy Protein dan Vitalea

Dan tak dinafikan, ada yang tak nampak apa-apa perubahan pun. Set ini tak berkesan untuk dia. Memang ada. Tak berjodoh dengan Shaklee. Kita usaha lain pula ye...

Rezeki masing-masing.

Tapi, kalau tak cuba mana kita tahu. Macam admin, kalau tak cuba set menyusu dulu, kalau tak keluarkan modal (tak sikit wooooo..) mungkin admin berhenti separuh jalan dalam proses menyusukan Aqeel. cerita kalau ni, sampai bila pun tak abis.

Dah tu kak, KALAU tak jadi, burnla duit aku kak beli set ni. Mahal tuuuuu!

Ni jawapan Kak Ton bidan : abis tu, KALAU set ni menjadi dengan ko, ko ingat anak akak ke dapat susunya?? kalau ko tak cuba, mana ko nak tahu??
*Kak Ton ni, laser tau*

Semua benda yang kita nak, mesti mau keluar modal maa... tak keluar modal duit ringgit, mungkin kena keluarkan modal peluh, tak pun modal masa, dan mungkin juga sampai bermodalkan air mata... pilihan kita.

Ini admin nak syorkan set penyusuan untuk ibu-ibu yang berazam nak susukan bayi dan masa yang sama menjaga kesihatan diri. Banyak kan benda nak kena telan?






Admin cadangkan agar mulakan dengan Pakej B, iaitu ESP dan Alfalfa. Dan ditambah setiap bulan dengan pakej-pakej lain.

Contohnya: Bulan ni beli Alfalfa dengan ESP, bulan depan Vitalea dan B Complex, lepas tu, Ostematrix dan Vitamin C
Taadaaaaaaaaa..set menyusu lengkap! 

(Kebanyakan bekalan vitamin Shaklee, jika di makan mengikut cadangan, boleh tahan selama 2-3 bulan. Ada yang boleh bertahan selama 6 bulan. Do the math!)
Jimat sebenarnya.
Nak lagi jimat, jadi ahli, dapatkan semuanya pada harga ahli. Hanya RM75 seumur hidup (RM65+ RM10 postage Starter Pack)

DAN YANG PENTING SEKALI!!!
Jangan lupa untuk berdoa, membaca doa-doa yang bersesuaian, minta dengan Allah agar dipermudahkan perjalanan menyusukan anak. Sebab semuanya adalah kehendakNYA jua. Kita hanya berusaha!

Pilihan di tangan anda. *smile*




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...