Sunday, 20 April 2014

Punca dan Cara Elak Sembelit

Assalamualaikum tetamu SihatHouse!

Hari ni nak cakap pasal sembelit. Ramai yang sembelit sebenarnya kan?
Admin pun. Tapi dah tahu cara nak atasi, jadi bye-bye Incik Sembelit!! Wahahaha!

Sebelum tahu cara atasi, meh kita tengok antara punca biasa masalah pembentungan ni.

Punca 1 : (Ni pengalaman pahit admin nih)
Punca yang biasa ialah diet kurang fiber (Admin tak suka makan sayur...patutle), pastu kalau dah ada rasa, nak kena tunggu feel pulak, kalau tengah tunggu feel, tetiba dengar suara orang berborak kat luar bilik termenung, alahai....feel pulak lari lintang-pukang.

Punca 2 : (ini biasa nih)
Kurang minum air. Berapa banyak kena minum air KOSONG (bukan Neslo ais yer) sehari? 2 liter? 3.56 liter? 1 tong drum?
Secara biasanya, seorang dewasa perlu minum lebih kurang 8 gelas air sehari. Gelas besar mana? Besar tapak tangan pun gelas jugak. Menurut Dr.Zubaidi, 8 gelas air tu secara puratanya lebih kurang 2.5L. (klik di sini untuk maklumat lebih lanjut)


Punca 3 : Senaman tak teratur/tak bersenam langsung
Aktiviti fizikal yang sihat membantu menggalakkansistem tubuh berfungsi dengan baik.


Punca 4 : Penggunaan ubat tahan sakit
Penggunaan berpanjangan ubat tahan sakit (cth: aspirin)

Punca 5 : Depresi
Depressi menyebabkan fungsi umum badan menjadi perlahan (termasuklah fungsi penghadaman)

Punca 6: Melahirkan anak ( Wargggghhhh...ini memang pengalaman pahit..ehhh..bukan bab bersalin tu, tapi sembelit lepas bersalin tuh...ngeri kalau ingat. Bayangkan, admin masuk labour room untuk bersalin anak pertama tak sampai pun sejam, tapi lepas bersalin, dok menerankan  bahan buangan 2 jam lebih!!!!)


Cadangan untuk elak sembelit:

Apa lagi, counter la punca-punca dia.
  • Makan makanan tinggi fiber
  • Minum air sekurang-kurang 2.5L sehari 

  • INGAT! terlalu banyak juga memudaratkan. (klik untuk tahu kesan air berlebihan)
  • Bersenam dengan teratur
  • Elakkan penggunaan ubat tahan sakit secara berterusan. Guna bila betul-betul perlu sahaja.
  • Tenangkan hati
  • Jangan beranak?? (Hehehehehe....) Ada kaaaaa! Amalkan yang atas-atas tu

atau

makan Herb-Lax
(Pesakit SLE di larang mengambil produk ini tanpa saranan pengamal perubatan)

Saiz : 120 tablets 
Saranan: 2-4 biji di hujung minggu 
Harga : RM52.50 
*hubungi SihatHouse untuk cara menikmati harga ahli yang menjimatkan*









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...